

Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Negeri Sembilan Cawangan Seremban Selatan (PPPKMNS-Caw. Seremban Selatan) telah memperolehi kebenaran dari Majlis Perbandaran Seremban (MPS) untuk memulakan operasi perniagaan pasar malam di Taman Sri Pulai 3, Sikamat bermula pada 1hb Oktober, 2011. Masa perniagaan yang dibernarkan ialah dari pukul 5:30 petang sehingga pukul 10:00 malam pada setiap hari sabtu. Berikut butir-butir lengkap operasi pasar malam tersebut;
- Tarikh Mula : 01/10/2011
- Masa Berniaga : 5:30 petang - 10:00 malam
- Hari Berniaga : Setiap Sabtu
- Lokasi : Lorong Sri Pulai 38/2, Taman Sri Pulau 3, Sikamat
- Kadar Bayaran : Satu (1) tapak RM6.00 dan RM5.00 bagi tapak berikutnya. (Kadar sekali berniaga)
Kepada yang berminat sila berhubung dengan;
- Encik Yusof Hj. Wahab - 014-338 2082
- Tuan Hj. Zubir Hj. Dahari - 019-341 2636
- En. Tajol Ariffin Hasan - 012-374 8376
Tempat adalah terhad. Sila buat tempahan segera. Untuk maklumat lanjut dan mendapatkan borang serta syarat berniaga, sila berhubung dengan nama-nama di atas.
Terima kasih.
Hj. Zubir Hj Dahari
Setiausaha
PPPKMNS-Caw. Seremban Selatan
No comments:
Post a Comment