

Isteri Pendorong Kejayaan Suami
“Tangan yang menghayun buaian bisa menggoncangkan dunia.” Mesti anda selalu mendengar kata-kata ini. Diibaratkan bahawa seorang wanita sebenarnya mampu untuk melakukan sesuatu yang di luar jangkaan. Itulah yang dapat saya katakan bahawa wanita mempunyai peranannya sendiri. Lebih-lebih lagi seorang wanita di belakang seorang suami. Besar peranan kejayaan suami adalah dari seorang isteri.
Ramai juga suami yang ego tidak bersetuju bahawa wanita menjadi pendorong kepada kejayaan mereka. Tetapi hakikatnya isterilah yang menjadi pendorong utama suami.Seringkali menghadapi tekanan kerja, sudah tentu tempat suami meminta pandangan dan idea adalah dari isteri. Andai tidak puas hati dengan apa yang berlaku di tempat kerja seperti dimarahi bos, task yang tidak sempat disiapkan sudah tentu isterilah yang akan membantu menenangkan suami.
Lihatlah bagaimana Rasulullah s.a.w menjadi seorang yang hebat, kerana isteri-isteri baginda yang menjadi pendorong dan penguat semangat baginda. Siti Khadijah menjadi pendorong utama ketika baginda menerima wahyu pertama dalam keadaan ketakutan di Gua Hira’. Khadijah membantu Rasulullah s.a.w dalam membelanjakan hartanya di jalan Allah semata-mata untuk memberikan dorongan kepada baginda.
Besarnya peranan isteri sebagai pendorong kejayaan suami. Wahai suami, sedarilah kehidupan anda sukar tanpa kehadiran seorang isteri. Isterilah yang memberikan kemudahan kepada untuk menyelesaikan segala tugasan anda. Tetapi peranan isteri tidak jika tidak diteliti. Tanpa pengurusan rumahtangga yang baik, mana mungkin suami dapat melaksanakan tugas dengan baik. Kalau bukan kerana isteri yang menjaga anak-anak dengan baik, mana mungkin suami dapat menyiapkan kerja dengan cemerlang. Begitulah seorang isteri yang lembut memberikan peranan besar dalam kejayaan suami.
Sumber : http://www.motivasi-kerja.com
No comments:
Post a Comment