Selamat Datang Ke Aiskrim Biz

Assalamualaikum wrt. wbt. & Salam 1 Malaysia. Perniagaan aiskrim ini bermula pada 24 September 2011, melalui Sutera TGM Enterprise (Sekarang Aiskrimbiz & Trading). Pertama kali menyertai program Family Day KMNS. Dari situ perniagaan ini telah berkembang dan mendapat sambutan serta kerap dipanggil ke majlis-majlis anjuran kerajaan mahupun swasta serta majlis keramaian seperti hari lahir, akikah, perkahwinan dan family day. AiskrimBiz Soft Ice Cream menyediakan ais krim buatan sendiri yang enak dan lembut. Kini, hanya dalam tempoh beberapa bulan sahaja, masyarakat sekeliling sudah mula mengenali kewujudan Aiskrim Biz Soft Ice Cream..Kami juga sedia menerima sebarang tempahan bagi sebarang majlis. Alhamdulillah.

Senarai Harga Aiskrim Kami

Senarai harga aiskrim adalah seperti berikut:

  1. Aiskrim Kon = RM1.00
  2. Aiskrim Cup = RM1.00
  3. Aiskrim Cup = RM1.50

Untuk makluman anda, kandungan aiskrim:

  1. Gelatin Halal
  2. Susu Rendah Lemak
  3. Coklat
  4. Vanilla
  5. Strawberi

Program-Program Yang Dijemput

Pihak Kami Menerima Tempahan/Jualan Di:

Majlis Perkahwinan, Pertunangan, Kenduri Doa Selamat, Akikah. Jamuan Hari Raya-Rumah Terbuka (Hari Raya Aidilfitri , Hari Raya Aidiladha dll). Karnival /Festival (Pengantin, Masjid dll). Hari Keluarga, Majlis Hari Lahir, Majlis Keramaian Swasta @ Kerajaan, Majlis Sekolah (Sukan Tahunan, Hari Guru, Hari Kantin & Usahawan, Hari Kanak-kanak, Motivasi Pelajar, Hari Penyampaian Hadiah dll), Majlis Universiti (Hari terbuka Universti, Konvokesyen, Alumni dll).

Aiskrim Pilihan 1 Malaysia

Adakan keistimewaan di Majlis Kenduri Kahwin anda! Hubungi kami untuk menjual aiskrim di Majlis Kenduri Anda atau apa sahaja program yang bersesuaian.. Kami sedia menerima tempahan. Untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh terus melayari blog kami. TQ

Syarat-Syarat Tempahan dan Bayaran

Urusniaga mestilah melalui Maybank atau Tunai..

Deposit RM100 hendaklah dijelaskan selepas pengesahan tempahan dan bakinya perlu dijelaskan selepas majlis selesai..RM100 diambil sebagai jaminan..Jika tempahan dibatalkan wang deposit x akan dikembalikan. No Akaun Maybank 164155550464 Shaiful Hafiz Bin Yahya. Sebarang tempahan boleh hubungi saya melalui email, facebook atau 0129789529. KL hingga Melaka.

Tempahan Untuk 300-500 Orang

  1. Tiada Caj Sewa Van
  2. Tiada Caj Penghantaran
  3. 200-300 kon Seremban sahaja
  4. Luar Seremban minima 500 kon
  5. Minima 300@500 kon ikut jarak
  6. Maksima seperti yg dipersetujui
  7. Harga 1 kon RM1 sahaja.

Tempahan Untuk 1000 Orang

  1. Harga satu kon RM0.90
  2. Tiada Caj Penghantaran
  3. Tiada Caj Sewa Van
  4. Untuk jarak 90km

Iklan : Cara Memulakan Bisnes Aiskrim



RM5000 Sebulan Dengan Jual Aiskrim.
Klikjer Untuk Ketahui Caranya.

Monday, December 26, 2011

Pengumuman KSS DKA Poli PD Julai 2012

Assalamualaikum wrt. wbt. Pengumuman kepada Juruteknik Awam J17 (JA3-1) lepasan sijil politeknik yang ingin melanjutkan pelajaran KSS DKA Sesi Julai 2012 boleh menghubungi Poli PD. KSS DKA Sesi Disember 2011 ditangguhkan kerana kekurangan bilangan pelajar.

Bagi Kursus Secara Sambilan (KSS), program Diploma Kejuruteraan Awam (DKA) dan Diploma Kejuruteraan Elektrik (DKE) tidak akan ditawarkan bagi Sesi Dis 2011. Program yang ditawarkan hanyalah Diploma Akauntasi (DAT), Diploma Senibina (DSB) Dan Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM). Pendaftaran akan dijalankan pada 17 Disember 2011 (Sabtu). Sesi taklimat adalah pada 9.15 pagi di Dewan Kuliah 5, PPD.

Bagi sebarang persoalan, sila hubungi Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan di talian 06-662 2017 . TQ


Sunday, December 25, 2011

Kopratasa - Permata untuk Isteri




Isteri Pendorong Kejayaan Suami

“Tangan yang menghayun buaian bisa menggoncangkan dunia.” Mesti anda selalu mendengar kata-kata ini. Diibaratkan bahawa seorang wanita sebenarnya mampu untuk melakukan sesuatu yang di luar jangkaan. Itulah yang dapat saya katakan bahawa wanita mempunyai peranannya sendiri. Lebih-lebih lagi seorang wanita di belakang seorang suami. Besar peranan kejayaan suami adalah dari seorang isteri.

Ramai juga suami yang ego tidak bersetuju bahawa wanita menjadi pendorong kepada kejayaan mereka. Tetapi hakikatnya isterilah yang menjadi pendorong utama suami.Seringkali menghadapi tekanan kerja, sudah tentu tempat suami meminta pandangan dan idea adalah dari isteri. Andai tidak puas hati dengan apa yang berlaku di tempat kerja seperti dimarahi bos, task yang tidak sempat disiapkan sudah tentu isterilah yang akan membantu menenangkan suami.

Lihatlah bagaimana Rasulullah s.a.w menjadi seorang yang hebat, kerana isteri-isteri baginda yang menjadi pendorong dan penguat semangat baginda. Siti Khadijah menjadi pendorong utama ketika baginda menerima wahyu pertama dalam keadaan ketakutan di Gua Hira’. Khadijah membantu Rasulullah s.a.w dalam membelanjakan hartanya di jalan Allah semata-mata untuk memberikan dorongan kepada baginda.

Besarnya peranan isteri sebagai pendorong kejayaan suami. Wahai suami, sedarilah kehidupan anda sukar tanpa kehadiran seorang isteri. Isterilah yang memberikan kemudahan kepada untuk menyelesaikan segala tugasan anda. Tetapi peranan isteri tidak jika tidak diteliti. Tanpa pengurusan rumahtangga yang baik, mana mungkin suami dapat melaksanakan tugas dengan baik. Kalau bukan kerana isteri yang menjaga anak-anak dengan baik, mana mungkin suami dapat menyiapkan kerja dengan cemerlang. Begitulah seorang isteri yang lembut memberikan peranan besar dalam kejayaan suami.

Sumber : http://www.motivasi-kerja.com

Saturday, December 24, 2011

Doa - Aiskrim Halal Punca Rezeki Halal

Ya Allah, berilah padaku rezki yang halal dan baik, serta pakaikanlah padaku segala perbuatan yang baik. Ya Tuhanku, jadikanlah oleh-Mu rezekiku itu paling luas ketika tuaku dan ketika lemahku. Ya Allah, cukupkanlah bagiku segala rezki-Mu yang halal daripada yang haram dan kayakanlah aku dengan kurnia-Mu dari yang lainnya. Ya Allah, aku mohonkan pada-Mu rezki yang luas dan berguna. Ya Allah, aku mohonkan pada-Mu nikmat yang kekal yang tidak putus-putus dan tidak akan hilang. Amin

Majlis Kahwin Daud & Aqilah 17 Dis 2011











Semoga allah memberkati masing-masing kamu berdua (mempelai) terhadap temannya, dan semoga Allah mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan (HR. Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majalah)

Monday, December 5, 2011

ADAKAH KAU LUPA - Halal 1st, Islam Gemilang


Kepada rakan2 Facebook yang tinggal atau bekerja di SEREMBAN, SEREMBAN 2, SENAWANG, OAKLAND, RASAH, MAMBAU, AMPANGAN, SIKAMAT, TEMIANG, PAROI, PANCHOR, MANTAU, JIMAH, SENDAYAN, GADONG, LBJ, LABU, SEPANG, KLIA, SALAK TINGGI, ENSTEK, LENGGENG, NILAI, PAJAM, MANTIN, RANTAU, SPRINGHILL, LUKUT, PORT DICKSON, TELUK KEMANG, PANTAI, KUALA KLAWANG, KUALA PILAH, REMBAU, TAMPIN, ALOR GAJAH, BERANANG, BANGI, KAJANG, PUTRAJAYA, KUALA LUMPUR & MELAKA yang nak tempah perkhidmatan ‘SOFT ICE CREAM’ bagi sebarang majlis sila berurusan dengan saya. Sila CALL/SMS ke 012-9789529 Shaiful. Jangan lupa layari www.aiskrimbiz.blogspot.com @ www.rempah2u.blogspot.com

Gambar Pilihan - Maisarah Disember 2011










Model Comel Aiskrim Biz & Ayahnya