Selamat Datang Ke Aiskrim Biz

Assalamualaikum wrt. wbt. & Salam 1 Malaysia. Perniagaan aiskrim ini bermula pada 24 September 2011, melalui Sutera TGM Enterprise (Sekarang Aiskrimbiz & Trading). Pertama kali menyertai program Family Day KMNS. Dari situ perniagaan ini telah berkembang dan mendapat sambutan serta kerap dipanggil ke majlis-majlis anjuran kerajaan mahupun swasta serta majlis keramaian seperti hari lahir, akikah, perkahwinan dan family day. AiskrimBiz Soft Ice Cream menyediakan ais krim buatan sendiri yang enak dan lembut. Kini, hanya dalam tempoh beberapa bulan sahaja, masyarakat sekeliling sudah mula mengenali kewujudan Aiskrim Biz Soft Ice Cream..Kami juga sedia menerima sebarang tempahan bagi sebarang majlis. Alhamdulillah.

Senarai Harga Aiskrim Kami

Senarai harga aiskrim adalah seperti berikut:

  1. Aiskrim Kon = RM1.00
  2. Aiskrim Cup = RM1.00
  3. Aiskrim Cup = RM1.50

Untuk makluman anda, kandungan aiskrim:

  1. Gelatin Halal
  2. Susu Rendah Lemak
  3. Coklat
  4. Vanilla
  5. Strawberi

Program-Program Yang Dijemput

Pihak Kami Menerima Tempahan/Jualan Di:

Majlis Perkahwinan, Pertunangan, Kenduri Doa Selamat, Akikah. Jamuan Hari Raya-Rumah Terbuka (Hari Raya Aidilfitri , Hari Raya Aidiladha dll). Karnival /Festival (Pengantin, Masjid dll). Hari Keluarga, Majlis Hari Lahir, Majlis Keramaian Swasta @ Kerajaan, Majlis Sekolah (Sukan Tahunan, Hari Guru, Hari Kantin & Usahawan, Hari Kanak-kanak, Motivasi Pelajar, Hari Penyampaian Hadiah dll), Majlis Universiti (Hari terbuka Universti, Konvokesyen, Alumni dll).

Aiskrim Pilihan 1 Malaysia

Adakan keistimewaan di Majlis Kenduri Kahwin anda! Hubungi kami untuk menjual aiskrim di Majlis Kenduri Anda atau apa sahaja program yang bersesuaian.. Kami sedia menerima tempahan. Untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh terus melayari blog kami. TQ

Syarat-Syarat Tempahan dan Bayaran

Urusniaga mestilah melalui Maybank atau Tunai..

Deposit RM100 hendaklah dijelaskan selepas pengesahan tempahan dan bakinya perlu dijelaskan selepas majlis selesai..RM100 diambil sebagai jaminan..Jika tempahan dibatalkan wang deposit x akan dikembalikan. No Akaun Maybank 164155550464 Shaiful Hafiz Bin Yahya. Sebarang tempahan boleh hubungi saya melalui email, facebook atau 0129789529. KL hingga Melaka.

Tempahan Untuk 300-500 Orang

  1. Tiada Caj Sewa Van
  2. Tiada Caj Penghantaran
  3. 200-300 kon Seremban sahaja
  4. Luar Seremban minima 500 kon
  5. Minima 300@500 kon ikut jarak
  6. Maksima seperti yg dipersetujui
  7. Harga 1 kon RM1 sahaja.

Tempahan Untuk 1000 Orang

  1. Harga satu kon RM0.90
  2. Tiada Caj Penghantaran
  3. Tiada Caj Sewa Van
  4. Untuk jarak 90km

Iklan : Cara Memulakan Bisnes Aiskrim



RM5000 Sebulan Dengan Jual Aiskrim.
Klikjer Untuk Ketahui Caranya.

Monday, November 28, 2011

Perencah Mak Pon dan Soft Ice Cream Wafi

Assalamualaikum kepada penduduk sekitar negeri sembilan especially di nilai, senawang dan seremban, kami menawarkan sajian aiskrim untuk perkahwinan dan majlis keramaian dengan harga yang amat berpatutan. Pakej perkahwinan bermula dari RM 1 dan ke atas. Perencah Mak Pon serendah RM7 sebungkus. Sebarang pertanyaan email epyahya@yahoo.com atau call 0129789529. TQ

Sunday, November 27, 2011

UsahawaN9 - Aiskrim Halal Malaysia Promo

Kami Di Saujana Impian Kajang 17 Disember 2011


MAJLIS KENDURI KAHWIN
NURAQILAH & DAUD
Taman Saujana Impian,
17 Disember 2011
21 Muharram 1432

Adakan kelainan di Majlis Kenduri Kahwin anda! Hubungi kami untuk menjual aiskrim di Majlis Kenduri Anda atau apa sahaja program yang bersesuaian.. Kami sedia menerima tempahan. Untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh terus melayari blog kami. TQ

Monday, November 21, 2011

Aiskrim Vanilla Meningkatkan Daya Seks Wanita

Wanita yang kurang memberikan impak seksual yang baik di ranjang adalah menjadi antara sebab utama keutuhan sesebuah institusi kekeluargaan boleh runtuh. Berbagai usama mungkin telah dilakukan tetapi belum ada hasilnya lagi.

Persoalannya di sini, bagaimana ingin membangkitkannya? Haa jangan terkejut jika makanan yang anda makan hari hari juga boleh membantu meningkatkan seksualiti wanita anda. Lihat di bawah:

Ais Krim Perisa Vanilla

Aroma vanilla berfungsi afrodisiak. Aroma vanilla dalam kamar boleh membantu menyemarakkan keghairahan seksual wanita. Kandungan fosfur dan kalsium dalam ais krim vanilla mampu memberikan ketahan wanita dalam hubungan seksual dan menjadikan orgasm lebih bertenaga. Orgasm yang hebat adalah perasaan indah yang perlu dirasai oleh wanita.

Sayuran Berdaun Hijau

Sayuran berwarna hijau seperti bayam, kangkung dan sawi kaya dengan zat besi, asid folik dan anti-oksida. Zat besi mampu membantu melancarkan aliran darah dan asid folik membantu membangunkan kembali neurotrasmiter dalam otak. Kedua duanya boleh meningkatkan sensitiviti dan daya tahan tubuh dalam aktivit seksual. Sementara anti-oksida membantu dalam menjaga adrenalin agar sentiasa sihat.

Oat

Oat merupakan makanan sarapan yang kaya dengan serat juga kaya dengan asid amino yang disebut L-arginine. Urologis Dr Jennifer Berman menegaskan asid amino membantu seseorang wanita lebih mudah terangsang. Kalau anda perlukan waktu yang lama untuk terangsang ianya membuatkan pasangan anda (suami) akan berasa hambar. Jadi untuk mempercepatkan proses rangsangan seksual wanitam oat adalah jawapannya. Selain itu, granola (cereal huahan kering) dan kacang pine adalah sumber lain L-arginine lainnya.

Herba

Memang diakui ramai bahawa herba merupakan sumber yang paling baik sekali untuk meningkat seksual seseorang wanita. Herba bertindak secara semulajadi di dalam sistem tubuh dan kesannya amat baik dan memberangsangkan.

by : http://www.facebook.com/nonamanja

Sukan SEA XXVI - Syabas Harimau Muda Negara

Sukan SEA XXVI: SYABAS dan TAHNIAH !! Malaysia 1 – 1 Indonesia. Tahniah !!! Syabasss!!! Harimau Muda Negara. Anda semua wira Negara..Hari ini memang hari yang membanggakan bagi seluruh rakyat Malaysia...Sebab kita telah mengalahkan indonesia dalam acara bola sepak sukan sea di mana indonesia menjadi tuan rumah..

MALAYSIA ( 1 ) - ( 1 ) INDONESIA

PENALTI

Malaysia ( 4 ) – ( 3 ) Indonesia

Tahniah Malaysia Juara pingat emas!!!

STADIUM GELORA BUNG KARNO

21/11/2011

8.30 MALAM

Sunday, November 13, 2011

Wednesday, November 9, 2011

Family Day DBKL 15 Okt 2011


Family Day DBKL Dirasmikan oleh Yang Berbahagia
Tan Sri Ahmad Fuad Ismail, Datuk Bandar Kuala Lumpur
1...2...3 Datuk Bandar menyempurnakan perasmian.
Sukaneka memeriahkan suasana Family Day DBKL


Warung Jualan Family Day DBKL 2011
Terbaik..Terima Kasih DBKL. :-)

My Open House Dbelsa 2 Okt 2011


ENAK…menjamu tetamu dengan makanan yang terbaik antara amalan Rasul. SETIAP kali tibanya musim perayaan terutama Aidilfitri, pasti ramai yang tidak melepaskan peluang mengadakan rumah terbuka bagi meraikan kenalan, sanak-saudara serta jiran tetangga secara ‘eksklusif’. Ada yang menempah juadah makanan istimewa daripada pihak katering atau lebih selesa menyediakan sendiri bagi dihidangkan kepada tetamu jemputan.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia menghormatiku dan sesiapa menghormatiku maka dia memuliakan Allah. Dan, sesiapa menjadi kemarahan tetamu, maka sesungguhnya dia menjadi kemarahanku. Dan sesiapa menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia menjadi murka Allah.

Aiskrim Lembut Tapi Bukan Auuuwww

Aiskrim adalah sejenis makanan ringan yang diperbuat dari hasil tenusu seperti krim (atau sejenisnya), digabungkan dengan perasa dan pemanis. Campuran ini didinginkan dengan mengacau sambil dikurangkan suhunya untuk mencegah pembentukan kristal ais besar. Secara tradisi, suhu dikurangkan dengan meletakkan campuran aiskrim ke sebuah bekas yang dimasukkan ke dalam campuran ketulan ais dan garam. Walaupun istilah aiskrim sering digunakan untuk menunjuk kepada pencuci mulut beku dan makanan ringan, tapi sebenarnya khas digunakan untuk menunjuk kepeda pencuci mulut beku dan makanan ringan yang terdiri dari lemak susu. Aiskrim je lembut tapi tak bertukar jadi auuwww pun kalau makan.. hehehhe